Kampung tradisional Tikam Batu

Beberapa kampung tradisional yang berasaskan sawah padi terdapat di sini. Antaranya ialah Kampung Padang Limau, Kampung Permatang Durian, Kampung Padang Tok Chik, Kampung Simpor Besar, Kampong Tambang Simpor, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Pokok Kabu, Kampung Pantai Kapas, Kampung Kepala Bukit, Kampung Pulau Sepom,Kampung Paya Kerchut, Kampung Padang buluh dan Kampung Tanjung Rambai.[2]

Sejarah nama Tikam Batu berasal dari kejadian titisan air yang menitik ke atas batu sehingga terlekok batu tersebut. Kejadian titisan ini menyebabkan kawasan ini dinamakan 'Tikam Batu'. Kejadian ini terletak di kawasan kilang Tikam Batu (sekitar kilang Sony).

Kampung Padang Buluh

Kampung Padang Buluh terletak di hujung pekan Tikam Batu yang menghala ke Sungai Petani. Kampung ini telah diterokai sejak tahun 1940-an. Pada awal penerokaan, aktiviti utama di sini adalah penanaman padi. Kampung ini terdiri daripada 20 buah rumah yang mempunyai pertalian saudara kesemuanya. Asal nama Kampung ini Padang Buluh kerana pada masa lampau kawasan ini banyak ditumbuhi pokok buluh. Kampung ini dibuka oleh Mat Saman. Beliau pernah menjadi penghulu Tikam Batu sehingga awal tahun 70-an. Keistimewaan kampung ini adalah menhasilkan petai yang sungguh lemak dan ranggup sehingga terkenal diseluruh utara [Semenanjung Malaysia]]. Sekarang ini Kampung Padang Buluh telah membangun dan terdapat sebuah kilang plastik, kedai membaiki peralatan elektrik dan kolam pembenihan ikan.